Thursday 7 July 2011

AKTIVITI


Sebagai pertubuhan NGO , LKPI Kg.Perigi bergerak menjalankan aktiviti dari hasil derma orang persaorangan sekitar daerah Yan.
Awal tahun 2011, kami mencuba mengorak langkah bagi memperkembangkan dana dengan menyewa Tepak Hantaran dan Sketing meja makan  kepada ahli-ahli dengan harga yang berpatutan.Ia juga dapat menolong ahli ketika musim perkahwinan untuk mendapat khidmat dengan modal yang paling minima.


                
 Bergambar ramai selepas selesai memasang sketing dimajlis perkahwinan anak salah seorang ahli..






SEJARAH PENUBUHAN

Lembaga Kebajikan Permpuan Islam Kampung Perigi ditubuh dengan resminya pada 10hb. Oktorber 2004 dengan keahlian seramai 42 orang, terdiri dari kaum ibu kampung Perigi, di bawah naungan Puan Rodhiah bt Man selaku penasihat.
Penubuhan LKPI- kampung Perigi adalah lanjutan dari tertubuhnya Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Daerah Yan bertindak sebagai  sebuah pertubuhan bukan kerajaan ( NGO ) yang ditubuhkan untuk meningkatkan taraf kehidupan dan menyumbang kearah pembangunan sahsiah diri, keluarga serta masyarakat. Ini dilakukan dengan memperbaiki taraf pendidikan dan keilmuan global berlandaskan nilai-nilai islam.
Dengan mempermodalkan yuran keahlian dan derma orang persaorangan, LKPI Kg. Perigi memulakan aktiviti kearah membantu   ahli-ahli yang kurang berkemampuan untuk menikmati kehidupan yang lebih baik.

Tuesday 5 July 2011

Salam perkenalan~

Hari ini telah diwujudkan blog LKPI Kampung Perigi Yan...
Enjoy your day~